my name

Sunday, December 27, 2009

Tudung adalah....


Hijab is My Right,My choice,My life..


Tudung adalah separuh dalampakaian saya...

Islam adalah hidup saya..


Islam is my way of life...

Islam adalah hidup saya..

Islam adalah cara hidup yang sempurna..

Cinta utama adalah..


Lagu saya sayang allah..

Satu satu saya sayang allah,

Dua dua saya sayang rasul,

Tiga tiga saya sayang ibubapa,

Satu dua tiga sayang semuanya.

Happy Birthday.


Happy birthday abang umair dengan abah..

Selamat hari jadi..

Lagu hari jadi..

Allah selamat kan kamu,
Allah selamat kan kamu,
Allah selamat kan umair dan abah,
Allah selamat kan kamu..
Selamat hari lahir...

Semoga allah memberkatimu...

ingatlah...

Jadilah manusia rabbani bukan manusia Ramadhani...


Apa yang dimaksudkan ialah apabila kita masuk bulan Ramadhan
kita buat amalan-amalan yang baik..lepas habis sah
aja bulan Ramadhan
kita tinggal sahaja amalan-amalan baik i
tu...



Dan jangan menjadi hamba allah yang tidak bersyukur.Hehehe



Ingatlah allah..

sebagai seorang muslimah


Ala tak de idea la..Nak cerita pasal ape..

Ha ade idea pulak..

Hijab menjadi pakaian ku,
tudung menjadi pakaianku,

Kesucian menjadi amalan ku,
Suci menjadi amalan ku,

Kesopanan menjadi perhiasan ku,
Akhlak menjadi perhiasan ku,

Doa menjadi senjata ku,
Senjata ku adalah doa,

Zikir menjadi siulan ku,
Siulan ku adalah zikir,

Dan

Syurga menjadi tempat ku,
Ana ingin balik ke kampung halaman ku.

Kawan sampai bila bila




Gambar ni menunjukkan saya dengan kawan karib saya..hehehe..Tapi ini bukan gambar sebenar reka reka je..hehehehttp://emo.huhiho.com.Yang pakai baju warna biru tu saya..dan yang pakai baju warna hijau tu kawan karib saya..Tolong doa kan persahabatan saya dengan kawan karib saya tidak akan putus..Hehehe..




Ini pun saya dengan kawan karib saya..Saya yang pakai baju warna biru yang warna pink tau tau je..hehehe..





Yang ni tengok la atas tu sahabat yang baik ibarat mentari yang menyinar.Saya yang pakai tudung biru tu tudung pink tu tautau jela..Oh lupa nama kawan karib saya ialah Nurul Faiqah.http://emo.huhiho.com.


Semoga sahabat karib saya menjadi seorang mulimah ,mukminah dan muslehah.

Friday, December 18, 2009

Cuti ni ke mana.

Saya pergi bercuti bukan dengan mak ayah saya.Saya pergi dengan tok,opah,adik sedara saya lepas tu mak sedara saya dengan bapak sedara saya..Best sangat saya pergi wet world kat shah alam,selangor..Wet world tu tempat mandi kolam..Lepas saya pergi selangor saya pergi kl.Kat kl saya pergi Zoo Negara.Ho,best sangat..

Raya haji tahun ini..

Raya tahun ini best la jugak..Yang best sangat kitaorang pergi raya sampai taman kelisa..Penat sangat masa balik raya tu..Ha raya tahun ni macam mana kawan-kawan..Saya raya dengan kawan-kawan..Makan banyak sampai tak larat nak berjalan..Kitaorang bukan naik basikal..Jalan kaki..Yang raya sama kita emma,ecah,kakak saya,sepupu saya,ada dan syazana..Saya ingat kan sedara saya balik kampung rupa nya tak ,dema balik kl rumah maktok dema..Saya tak boleh balik rumah maktok sebab ayah saya sebok dengan sembelih..Kadang tu ayah saya sebok dengan santan yang selalu n dia buat..Oh,terlupa pulak saya perik sa dapat nombor 4..Nanti saya nak pulun lagi lah..

Tuesday, October 27, 2009

Peperiksaan.


Semalam hingga hari jumaat ni periksa akhir tahun..Susah tu ade la jugak kan..Boleh tak saya minta awak semua doa kan saya supaya dapat nombor satu.Semalam saya periksa B.Melayu1,B.Melayu2 dan Matematik2...Hari ini saya belajar Matematik,Pendidikkan Islam dan Bahasa arab.Bahasa arab ni susah la jugak..Esok saya periksa Sains,B.Inggeris dan emm ape ya dah tak ingatla..Hehehehe..Hari jumaat pun saya tak ingat yang saya tahu Pendidikan seni..

Sunday, October 18, 2009

DOSA-DOSA BESAR YANG MEMBAWA KEMURKAAN ALLAH S.W.T


1. MAKSUD DOSA

· Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya

2. FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG MANUSIA MELAKUKAN DOSA

· terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat

· ingin hidup bebas tanpa batasan agama

· sikap angkuh dan sombong kerana harta dan pangkat

3. JENIS-JENIS DOSA

i) DOSA BESAR

· Maksud

§ Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat

· Contoh

§ Minum arak, berzina, membunuh

§ Mengumpat dan derhaka kepada ibu bapa

· Akibat buruk jika melakukan dosa besar

§ Dikenakan hukuman kisas, hudud dan takziz

§ Menerima seksa neraka jika tidak bertaubat

ii) DOSA KECIL

· Maksud

§ Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat

· Contoh

§ Melihat aurat bukan muhram

§ Bercakap perkara yang tidak memberi faedah

· Akibat buruk jika melakukan dosa kecil

§ Jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi dosa besar

Saturday, October 10, 2009

Pergi perls dan kedah...

Semalam saya ayah saya emak saya pergi perlis..Sebab abang sakit lepas tu ayah saya ada mensyuarat..Lepas tu saya tak duduk kat mak saya..Saya pergi matri...Saya pergi dua hari satu malam..Saya bukan tdur kat matri saya tidur kat rumah ,rumah sape ya..Dah tak ingat dah..Saya tidur rumah dia kan..Rumah dia ada kucing..Ade kucing tu tok,mak,tok wan dia..Ini semua ni kucing dia lah..Comel comel semua nya...
Kat kedah
Yang ni pun semalam jugak la kita pergi...Masa nak balk dari perlis tu kan saya ade la singgah kat rumah mak cho saya kan...Mula mula saya datang tu ayah saya tanya la kat orang kampung tu kan.Lepas tu orang kampung tu tunjuk kan rumah dia..Barulah nampak anak dia kan..Anak dia semua main nyorok nyorok kan ..Ade lah anak da tu kan tenggah kira ..Ala kalau main nyorok nyorok tu kan mestilah kena kira kan..Lepas tu anak dia tu tengah kira kat kereta da kan...Lepas tu kan saya ayah saya dengan mak saya kan naik kereta kan..Ayah saya pun hon kuat kuat .Lepas tu yang tengah kira ni pun dia terkejut apelah lagi cabut lari...Lepas tu saya jumpa sedara saya kan ala dema tu la sedara saya..Dema pergi jumpa saya lepas jumpa saya tu dema bawa saya jaln satu kampung..Lepas dema bawa saya jalan satu kampung kan..Ayah saya pun ajak saya dengan mak saya balik ke perak..

Wednesday, October 7, 2009

Sambutan hari kanak kanak & Hari raya aidilfitri di sekolah..



Tadi kat sekolah ade buat sambutan har kanak kanak kat sekolah,best sangat..Sebab banyak acara lepas tu ade pertandingan merwar na yang tahap 2 buat corak penanda buku..Saya dan kakak saya johan nombor 1...Dapat duit..Lepas tu ade pertandingan menyanyi..Kawan saya menyanyi tap saya dan kawan karib saya tak masuk pertandingan tu..Tap kakak saya masuk..Emm nama kumpula kakak saya irsane..

Sunday, October 4, 2009

Raya kat kampong..

Gambar ni masa hari raya pertama ...uhh best..Tapi tak dapat la nak raya dengan kawan sebab basikal abang saya guna ...Macam kawan kita dier marah ke...Tapi yang penting saya seronok masa har raya pertama ni..Tapi hari raya kedua saya ta de kat sini...Saya pegi kedah tapi hari raya haj tak dapat la nak pi kedah kan..Sebab ayah saya tu kepala sembelih.Tau tak kepala sembelih tu ape..Emmm tukang sembelih kerbau ke kambing atau lembu..Kot kot la kan...Ynag n gambar masa tengah sembang dengan maksu amarika ...


Yang ni gambar masa nak gi raya..dema ni abang saya..Hehehe kesian tengok dema sebab kena tunggu kitaorg..yang ni pulak gambar masa nak gi raya kat rumah ,rumah,rumah sape nya dah tak ingatla...Tapi best raya tahun ni...

Friday, September 25, 2009

Last Breath


From those around i hear a cry,

A muffled sob, a hopeless sigh,

I hear their footsteps leaving slow,

And then i know my soul must fly,

A chilly wind begins to blow,

Within my soul,from head to toe,

And then,las breath escapes my lips,

It's time to leave. and i must go!

So,it is true(but it's to late)

They said:each soul has it's given death,

When it must leave body's core,

And meet with its eternal fate,

Oh mark the words that i do say,

Who knows?tomorrow could be your day,

At last,it comes to heaven or hell,

Decide which now,do not delay!

Come on my brother let us pray,

Decide which now,do not delay!

Oh God!oh God!i cannot see!

My eyes are blind!am i stil me,

Or has my soul been led astray,

And forced to pay a priceless fee,

Alas to dust we all return,

Some shall rejoice,while others burn,

If i only knew that before,

The line grew short,and came my turn!

And now,as beneath the sod

They lay me(with my record flawed)

They cry,not knowing i cry worse,

For,they go home,i face my God!

Oh marks the words that i do say,

Who knows,tomorrow could be your day,

At last,it comes to heaven or hell,

Decide which now,do not delay!

Come on my brothers let's pray,

Decide which now,do not delay..


Wednesday, September 16, 2009

Festibal lain.


Di Malaysia, terdapat populasi Cina dan India. Masing-masing menyambut perayaan DeepavaliTahun Baru Cina. Kadangkala, salah satu perayaan tersebut iaitu Deepavali dan Tahun Baru Cina sering bertembung dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri mengikut kalendar Masihi. Oleh sebab itu, terdapat segelintir pihak yang mengadakan sebuah 'rumah terbuka' untuk dua perayaan sekaligus. Disebabkan situasi itu, wujudlah fenomena "DeepaRaya" dan "KongsiRaya". dan

Walau bagaimanapun, mufti negeri Perak menyatakan perayaan umat Islam yang dikongsi dengan perayaan orang kafir yang lain seperti "DeepaRaya" dan "KongsiRaya" serta lain-lain dianggap menjurus ke arah perbuatan syirik dan ditegah sama sekali oleh Islam.


Zakat Fitrah dan Takbir..

Parayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhir nya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu.
Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meningal dunia.Kebiasaan nya orang islam juga akan membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.
Apabila tarikh hari raya ditentukan,umat islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran allah.Tempoh bagi hari raya aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan ramadhan)sehingga solat sunat hari raya aidilfitri bermula pada pagi satu syawal tahun hijrah.Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya Aidilitri disambut pada 1 syawal.Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa.Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat islam diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya bulan ramadhan yang mana umat islam telah menjalani ibadah puasa dengan tekun.Ia merupakan dua perayaan yang terbesar bagi umat islam,selain hari raya korban.Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara;iaitu
melalui rukyah (melihat anak bulan)atau secara hisab(kiraan).
Sekiranya melalui rukyah,apablia anak bulan kelihatan,ini menandakan bulan syawal,iaitu bulan ke-10 dalam takwim hijrah islam...Di malaysia anak bulan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik...

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & batin...
Semoga semua orang bergembira selalu.....

Friday, September 11, 2009

Cerita lagi cerita lagi.

Sempena hari raya ni saya tak de ape ape nak cerita kan..tapi sebelum raya ni saya akan bagi satuuuuu je cerita nak dengar tak..EEeeeeeemmmmm jap.... Hah tajuk dia Rantai emas...
Dalam sebuah negeri,sepasang suami isteri.Kehidupan mereka sangat miskin.Setiap hari,mareka mamancing ikan untuk menyara hidup.
Mereka selalu mendapat ikan ikan yang kecil sahaja.Ikan ikan itu hanya cukup untuk dimakan.
Mereka tidak dapat menjual ikan ikan tersebut untuk mendapat kan wang.
Pada suatu hari,mereka memancing di tengah tasik.Mereka menggunakan perahu untuk sampai ke tengah tasik.Si isteri berasa jemu kerana tidak mendapat seekor ikan pun.Dia mengajak suaminya pulang ."tunggulah sebentar,mungkin kita akan mendapat rezeki,"kata si suami.Tidak berapa lama kemudian,joran si isteri ditarik dengan kuat ."Wah,tentu ikan ini !"kata si isteri..
Si isteri terperanjat apabila menarik joran nya kerana bukanya ikan yang ditarik,tetapinrantai emas.Semakin ditarik,semakin panjang rantai itu.Perahu mereka telah dipenuhi dengan
rantai emas.
Tiba tiba ,kedengaran bunyi katak yang riuh rendah di danau itu."Rat!Rat!Rat!Rat!Rat!"
Katk katak itu menyuruh suami isteri itu mengerat rantai emas it..
"Perau ini hendak karam,kita kerat rantai ini sahaja,"kata si suami.
Si isteri menjadi tamak.Dia tidak mahu mengerat rantai itu.Akhir,perahu mereka karam kerana berat dengan rantai emas.Mereka terpaksa berenang untk menyelamatkan diri.
seronok tak cerita ni...

Thursday, September 10, 2009


Saya ,kalau kat sekolah saya kena bercerita dalam bahasa arab .Tapi sepatut nya satu kelas kita yang masuk tapi ustazah tak jadi dah .Tapi ustazah pilih org yang dah hafal je..Lepas tu ustazah tanya tanya dua org je yang hafal..Ape lagi ustazah tarik la org yang dah hafal tu..Yang dapat masuk tu saya dan syauqina ..Dia ni kawan biasa je...Saya ni kan tahun tiga kan..Sepatut nya tahun empat dan tahun tiga tapi ustazah tak jadi dah nak buat tahun tiga..tapi ustazah saya cakap "sape yang nak masuk masuk je.."itu je ustazah cakap..Jadi saya dan kawan saya masuk bercerita dengan tahun empat la kan..

Kucing kesayangan saya.

Ini ialah kucing kesayangan saya ..Kucing saya ,dua ekor je ade tompok kat atas kepala ..yang lain tak de..Tapi dia ni ganas ,kita suka kan kucing yang ganas.Tapi yang same tompok atas kepala dia tu kan pemalas.Asik hisap susu mak dia je..hhhhheeee..Ennnntah la mana gaya kucing yak..Umur dema sekarang ni 8 bulan..Oooooohhhhh lupa yak .nama kucing kita ni puteh..Seekor lagi tu kentoi..Kentoi tu lagi la dah 8bulan pun hisap susu lagi..Dema kalo nak makan senang je,tapi kan dia tak makan wiskes..dia makan nasi tumbu dengan ikan...tau tak susah nak jaga dema ni sebab kalo nak makan mesti kena sekor sekor je pinggan..Oooohhh lupa lagi ,ni hah dema pun ade opah ,Opah dia nama cekmo...Emak dia nama tompok..Mak dia macam pakai cermin mata dan topi...
Ini lah gambar kentoi..Kentoi la bukan kantoi na..

Cerita..

  1. Kawan kawan nak dengar cerita tak tapi cerita ni dalam bahasa inggeris la kan..Kejap..Tajuk dia Mother Holle..
  2. there was once a women who had two daugters.Rosa was pretty and worked hard.Rosie was
    ungly and lazy.
  3. One day,Rosa want to collect some fire wood.She saw a little house.An old women was standing outside."I a Mother Holle.You can live here and work for me.",She said .Rosa stayed and helped Mother Holle to do everything.
  4. After a while,she wanted to go home. Mother Holle gave her a big bag.It was full of gole coins.
  5. Rosie saw the gold coins.She too wanted to go and work for Mother Holle.
  6. "I want to work for you,"she told Mother Holle.On the frist day,she worked hard.After that she became lazy.
  7. At last Mother Holle told her to go home.She gave Rosie a heavy bag.It was full of...

Tuesday, September 8, 2009


Ini ialah gambar adik sedara saya ..Comel tak.Yang corak corak tu saya yang buat....Nama dia Nur Damia Qistina...Tok saya panggil dia siti... Dia ni kalau mak dia kerja dia opah kita yang jaga dia...Oklah sikit jelah saya tulis tau...

Saturday, September 5, 2009

Keluarga saya..


Keluarga saya ada 10 org..Adik beradik saya ada lapan org,saya yang bongsu..Tapi kan yang tinggal kat rumah saya je yang lain semua nya dah asrama penuh dan ada jugak yang universiti dah kan.Kalau cuti ke kakak dengan abang saya balik la ke kampng kan..Tapi kalau kat rumah ,kalau saya bosan saya tulis la kat dalam blog kan..Tapi kalau kakak saya dan abang saya dah balik ke kampung tak dela saya rasa bosan..Sebab mereka boleh la main dengan saya kan..Tapi yang tak best nya saya tak dapatla nak tulis dalam blog ni kan.Sebab abang dengan kakak saya pun nak jugak guna lettop ni kan ...

Hari kemerdekaan


Hari kemerdeka yang lalu saya tak sambut pun.Awak semua sambut tak..Saya sebab mak saya sebuk dengan ayah saya..Saya pulak kena buat kerja sekolah..Kan hari merdeka tu kan cuti,kalau tak cuti boleh la saya sambut kat sekolah..Tapi tak best la kalau tak sambut kan...Tapi saya tak sambut, kalau saya nak sambut kena sorang sonrang la sebab mak saya dengan ayah saya kan sebok..Kenalah sambut sorang sorang kan..ok lah saya pun dah tak larat nak cerita panjang panjang ni..


Dah nak raya dah.

Raya nanti saya nak raya dengan kawan kawan..Awak semua nak raya dengan siapa..Masa dulu saya raya dengan sedara saya tapi sekarang saya raya dengan kawan kawan pulak..Mula mula sya raya kat kawasan rumah saya dulu lepas saya raya raya kat kawasan rumah saya,baru saya raya dengan kawan kawan.Lepas saya raya kat kawasan rumah saya saya raya kat Taman kelisa lepas raya kat taman kelisa saya raya kat Sayong Tebing..Kalau saya raya dengan kawan naik basikal, kawan kawan saya pun naik basikal jugak..Kalau saya raya dengan sedara naik kaki.Tau naik kaki tu apa naik kaki tu jalan kaki..

Wednesday, August 26, 2009

Kawan-kawan


Saya sebenarnya ada ramai kawan...Tapi tiga org sahaje kawan karib saya ....Iaitu Faiqah,Syuhaida dan Ameera..Yang lain lain tu kawan biasa biasa je...Ade la kawan saya tu kan ,bukan kawan baik tapi dia kawan biasa je dia buat kan kita ni macam pembantu dia je,tau sebab apa kita cakap dia selalu buat kita sebab dia kan kalau kita nak makan dekat kantin sekolah je ade lah ,tau dia suruh kita buat apa tau dia suruh kita belikan makanan untuk dialahkan..Lepas tu org baru je nak makan dia suruh kita belikan keropok leko lah...Ramai kawan dekat kelas kita tak suka perangai dia..

Tuesday, August 25, 2009

Melawat ke zoo

Masa ni saya pergi zoo dengan cikgu dan kawan kawan saya.Seronok dua kali saya pergi mula mula dengan cikgu lepas tu dengan umi dan kakak saya.Masa pergi dengan cikgu tu robongan.Kalau dengan umi dan kakak tu saja nak pergi.Masa saya pergi dengan ummi dan kakak saya tambang orang dewasa kan dua belas ringgit..Tapi kalau tambang kanak kanak lapan ringgit sahaja.Mak saya bayar sekali dengan keretap.Sebenarnya abah saya nak ikut juga tapi..Mula mula nak masuk zoo tu kan kena parkin kereta dulu kan,masa mula mula nak masuk ke tempat parkin tu ayah saya tanya lah "kalau orang dewasa berapa ringgit" ..Masa tu ayah saya tanya dengan orang yang menjaga tempat parkin tu,lepas tu dia pun jawab "kalau dewasa dua belas ringgit".
ni gambar bangau..dia boleh berdiri sebelah kaki jer...


ini rusa ubi...

ini pula seladang..


ini pula saya dan kawan saya(nurul syuhaida)

Berpuasa

Masa dulu saya puasa.Cuma tinggal sehari je.Sebab masa tu mak tih saya balik.Masa dia balik tu dia ada bawa jambu air untuk berbuka,lepas tu saya dan kakak saya nampak adik saudara makan buah jambu..Habis tu macam mana lagi,tengok sedap aje,lepas tu saya dan kakak saya pun minta sedikit saya dan kakak saya pun makan lah....Masa tu umur adik saudara saya tu 4 tahun.Sekali je saya tinggal puasa.

Tarawih

Hari ini saya puasa tak ada rasa letih pun..... Lepas tu seronok sangat sebab dapat bertarawih bersama kawan kawan..Masa berpuasa saya rasa sangat bosan sebab tak de kerja apa pun ...Lepastu baru saya teringat sebab cikgu ada bagi kerja rumah ...Saya pun buat lah.Lepas saya buat kerja rumah saya pun rasa bosan ...Kalau bosan ,kadang kadang saya tolong umi saya masak eh tapi puasa ya...Kadang kadang tu saya pergi jalan jalan naik basikal dengan kawan....Kalau rasa letih tu langsung tak ada sebab dah biasa berpuasa kan..Ah tak pelah saya dah tak larat dah nak menaip..

Monday, August 24, 2009

Perjalanan hidup..


















Perjalanan hidup kita setiap tahun....
kita akan melalui saat demi saat,
hari demi hari,bulan demi bulan seperti biasa.kadangkala rutin harian juga sama..

Dalam perjalanan hidup,satu tika kita akan berhenti di satu taman bunga yang indah.Disitulah terletak telaga yang airnya menyegarkan.Disitulah terletak dusun-dusun buah yang ranum dan lazat.Di sinilah kita berehat sebentar dari rutin harian kita.Inilah bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkat.Bulan yang kita mengambil sebaik-baiknya apa yang ada didalamnya..


Namun kita hanya singgah sementara di kebun itu.Hidup masih perlu diteruskan.juh lagi perjalanan.Segala bekalan mestilah diambil dari perhentian seketika.Bekalan yang diambil perlulah cukup untuk meneruskan kehidupan.Menujumsatu matlamat dan tujuan kepadaNya...

Nak tahu tak????

"Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati Allah.Telah difardukan ke atas kalian berpuasa.Didalam bulan ini,di buka pintu-pintu SYURGA,dan ditutup pintu-pintu NERAKA,dan SYAITAN-SYAITAN dibelenggu.Didalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada SERIBU BULAN,sesiapa yang diharamkan KEBAIKAN ke atasnya,maka sesungguhnya dia tidak akan mendapat apa-apa kebaikan."



Hadith Riwayat Imam Ahmad
An-Nasai'e dan Ai-Baihaqi

Mulianya Ramadhan...


#Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda


ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

*pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

**bersyukurlah pada rahmat-Nya
(ya ramadhan)
dikurniakan bulan yang mulia(ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh kali ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

ulang#ulang*ulang**


UNIC feat In Team..

Wednesday, July 8, 2009

Gambar saya yang pakai tudung pink tu....
Yang pakai tudung warna biru tu kakak saya...
Hah yang tak pakai tudung tu sepupu saya.....

Ini gambar saya dan kawan saya.Yang tinggi pakai tudung biru tu ialah saya .....
Yang rendah tu kawan karib saya jugak...Seronok kita pergi rombongan ke Zoo Taiping....seronok sangat dapat pergi dengan Cikgu dan kawan -kawan...

lagu kanak -kanak

Tepu amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk biar ramai
Emak upah susu

Susu lemak manis
santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak pergi kerja.

Melodi:Tepuk Amai-amai

Saya ada burung pipit
Suatu hari jatuh sakit
Saya ingat nyamuk gigit
Rupu-Rupa mata sepet


Melodi:Saya ada burung pipit

lagu kanak -kanak

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh kubawa ke sekolah


Pon pon pon pon pon
pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
Boleh kubawa jumpa nenek



Melody:Baaku Pulang


Abang beca (2 kali)
Di tengah jalan
Cari muatan untuk
Mencari makanan

Putar-putar(2 kali)
Kaki mengayuh
Pergi jauh keringat
pun lalu jatuh


Melodi:Abang Beca


Air pasang pagi surut pukul lima
Bangun pagi-pagi siram pokok bunga
Pokok bunga melor tanam tepi kolam
Itik bertelur ayam mengeram.

melodi:Air Pasang Pagi

Saturday, June 13, 2009

masa cuti

Saya kalau cuti panjang mesti saya rasa nak cutiiiiiiiiii sebab rasa best sangat.Tapi kalau dah nak habis cuti saya rasa macam cuti tu pendek sahaja.Sebab kalau masa cuti saya rasa macam nak sekolah saja.Tapi kalau dah nak sekolah tu saya rasa macam malas nak sekolah.

for my mother

this bear...


bear ni saya nak bagi kat kawan baik saya iaitu...Nurul Faiqah....dier mesti suka bear yang saya bagi ......

Friday, June 12, 2009

selamat hari lahir...



Get Birthday-Graphics



sebenarnya yang ni saya nak bagi kat 2 orang kakak saya dan seorang abang saya yang lahir pada bulan 6...kak long saya pada 24.6 manakala kak chik saya pada 19.6...dan juga abang ngah pada 29.6....HAPPY BIRTHDAY TO ALL.....

ini saya....


Saya bernama Aqilah..saya sepupu kak su(Izzah Salimah)...saya tinggal di Klang,Selangor...umur saya 5 tahun...saya tadika di Tadika An-Najwa...saya mempunyai adik lelaki yang bernama Muhamad Irsyad.....nama cikgu saya bernama Cikgu Fatisha,Cikgu Ros,dan Cikgu Jamilah....

Di tempat saya...



Jambatan Sultan Abdul Jalil....dibina pada tahun 2003(yer kot).kalau tidak disini penuh dengan hutan belantara...jambatan ini memudahkan penduduk penduduk untuk berulang alik dke pekan....




Ini ialah Kuala Kangsar Clock Tower yang berada di tengah pekan kuala kangsar....kalau nak lalu sini kena buat roundabout....





Ini pula gambar Masjid Ubudiah yang terletak di Chandan Puteri...masjid ini ialah masjid yang tercantik di perak..masjid ini tersergam indah jika melihat dari jauh....



Terdapat banyak lagi yang menarik di tempat saya...saya cuma dapat menceritakan 3 daripadanya sahaja.....

Kalau nak tahu ....datang ke tempat saya...iaitu di Kuala Kangsar,Perak......