my name

Sunday, April 10, 2011

DALAM LAUT ADA SUNGAI




“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi. ” (Q.S Al Furqan:53)


Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang me
batasi keduanya.
Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari pe

nyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.


Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.”

Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SW

PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA DI DALAM RAHIM




Dari Anas ra, dari Nabi saw, sabdanya: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya: apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaaikat bertanya: "Ya Tuhanku! air benih akan dsempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! darah seketul ini akan dsempurnakan atau tidak? - Ya Tuhanku! daging segumpal ini akan dsempurnakan atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! adakah ia seorang (yang bernasib) selaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya." (Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)

PERINGKAT SATU

NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2

" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

PERINGKAT KEDUA

ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Allah swt mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud

" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :

1) sesuatu yang bergantung atau melekat
2) pacat atau lintah
3) suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

PERINGKAT KETIGA

MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud :-

"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri.

Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

PERINGKAT KEEMPAT

IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :

"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"

al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk.

Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh.

Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

PERINGKAT KELIMA

NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

PERINGKAT KE ENAM

NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang?

Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.

Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.

Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t

faktani.

TEORI PEMBETUKAN ALAM SEMESTA ( BIG BANG )

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?" (Al - Anbiya' : 30 )

Teori Big Bang menyatakan alam ini bermula dengan tiada. berjuta-juta tahun dahulu, alam ini bermula dengan satu letupan titik kecil. Letupan yang membawa kepada penciptaan alam ini dikenali Big Bang. Selepas letupan ini, sejumlah besar unsur mula terbentuk yang menjadikan alam ini, dan unsur-unsur ini mula bergerak menjauhi satu sama lain.Cakerawala ini berkembang apabila objek-objek di dalamnya bergerak daripada satu sama lain.

Teori ini disokong oleh Al-Qur’an. “Kemudian Dia (Allah) ,menyengajakan ke langit, sedang ia sebagai asap, lalu kataNya kepada langit dan bumi : Datanglah kamu berdua (mengikutlah), baik dengan patuh ataupun dengan terpaksa. Sahut keduanya, kami datang dengan patuh.” (Surah As-Sadjah :11)

Mengikut Tafsir Al-Qur’an terjemahan Prof. Dr. H. Mahmud, asalnya langit-langit ialah seperti asap atau namanya dalam ilmu sains, nebula. Ayat ini juga melukiskan kepatuhan langit dan bumi menuruti ketentuanNya terhadap mereka tanpa sebarang pertanyaan, tidak seperti manusia yang beraqal tetapi banyak bertanya itu dan ini.

Letupan “Big Bang” ini menghasilkan berbilion-bilion ganda letupan atom. Banyak serpihan wujud dengan letupan ini dan serpihan-serpihan ini bergerak dan berselerak ke merata tempat, sama seperti tanah yang berselerak. Kemudian mereka mula membentuk cakerawala dan planet-planet dan lain-lain yang tersusun dalam keseimbangan.

Edwin Hubble, seorang pakar astronomi adalah orang pertama yang membuktikan alam ini berkembang. Pada tahun 1929, pemerhatian melalui teleskop beliau mendapati bintang-bintang sedang bergerak menjauhi kita dalam gerakan rawak dan pada masa yang sama, bintang-bintang bergerak menjauhi antara satu sama lain.

Sebuah cakerawala yang mana semua benda bergerak menjauhi antara satu sama lain seolah-olah cakerawala itu sedang bergerak secara konstan dan berkembang. Fakta ini membuktikan bahawa suatu masa dahulu, alam ini bercantum. Secara mudahnya, apa yang berlaku sekiranya sebutir bom diletupkan di pantai. Tentulah pasir-pasir ini akan berselerak merata-rata tempat.

Jika seseorang mengatakan sebuah istana pasir telah terbentuk akibat letupan itu, anda mungkin mengganggapnya gila. Begitu juga dengan mereka yang mendakwa istana pasir itu terjadi dengan sendirinya, tentulah mereka juga gila. Kenyataan istana pasir terjadi dengan sendirinya lagilah tidak logic dan tidak masuk aqal berbanding ia dicipta dari keadaan tiada kepada ada.

Teori Relativiti yang diciptakan oleh Albert Einstein sendiri membuktikan kebenaran saintifik yang dibawa oleh Al-Qur’an. Dalam pengiraan untuk merumuskan Teori Relativiti pada tahun 1915, beliau telah menemui bahwa alam semesta bukanlah static. Tetapi disebabkan penemuan masa itu mengatakan alam semesta static, beliau telah mengubah rumus itu dengan menambah satu factor iaitu pemalar kosmologi (cosmologi constant) ke dalam rumusnya agar selari dengan penemuan astronomi masa itu.

Akhirnya Albert Einstein mengakui bahawa dia telah membuat kesilapan yang besar dalam hidupnya.

Saintis Russia, Alexander Friedmann pada tahun 1922 menemui melalui Teori Relativiti bahawa alam semesta sebenarnya berkembang dan sebarang perubahan di dalamnya akan menyebabkannya mengembang atau mengendur. Friedmanlah yang membetulkan kesilapan (pemalar kosmologi) dalam Teori Relativiti Einstein.

Hanya Allah, Maha Pencipta yang bersifat Qidam (tiada permulaan adaNya) dan makhluknya mesti ada permulaannya kerana ia diciptakan. FirmanNya: “Ia-lah (Tuhan) yang tiada bermulaan adaNya dan pula tidak berkesudahan ada-Nya, Ia-lah yang lahir wujud-Nya. Ia-lah yang tersembunyi (Zat-Nya) dan Ia tahu tiap-tiap sesuatu.” ( Surah Al-Hadid: 3)

Teori Big Bang ini diperkuatkan lagi kebenarannya dengan ayat Al-Qur’an yang berbunyi: "Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Surah az-Dzariyat;47) Kalimah “ langit” yang banyak digunakan dalam banyak ayat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang angkasa atau cakerawala.

Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.

faktani.

KEAJAIBAN LALAT RUMAH

PAGI hari. Anda menghadap segelas teh tarik dan sekeping roti canai. Tiba-tiba seekor lalat jatuh ke dalam cawan minuman anda. Apakah anda akan meminum airnya? Anda mungkin tidak meminumnya kerana jijik dengan lalat tersebut. Pada hal dari segi saintifik air itu selamat diminum setelah lalat direndam seluruhnya di dalam air kemudian dibuang. Lalat yang biasa kita temui dan dibincangkan di sini merujuk kepada lalat rumah.

Definisi

Nama saintifik lalat rumah ialah Musca Domestica. Pengelasan lalat rumah menurut ilmu zoologi diletakkan di dalam order serangga yang dipanggil Diptera, iaitu serangga bersayap dua. Lalat mempunyai enam kaki dan badan bersegmen meliputi kepala, toraks, dan abdomen.

Kitar hidup.

Seekor lalat rumah (selepas ini hanya disebut lalat) melalui empat peringkat untuk mencapai kitar hidup yang sempurna. Perkembangannya bermula daripada telur, larva, pupa dan lalat dewasa. Satu kitaran lengkap mengambil masa di antara tujuh hingga sepuluh hari di bawah keadaan mantap. Masa ini dipengaruhi oleh kelembapan, ketahanan telur, suhu dan cahaya. Seekor lalat betina mampu bertelur sebanyak 2700 biji telur dan biasanya dalam kelompok-kelompok yang berbeza. Setiap kelompok mengandungi antara 350 hingga 900 biji telur.

Telur yang matang selepas enam jam ditingkalkan dan akan berkembang di dalam kepompong sehingga berukar menjadi lalat dewasa. Pada tempat yang lembap, larva boleh mendaki ke tempat yang lebih tinggi daripada permukaan kawasan telur ditinggalkan. Dalam satu kajian kes, terdapat larva yang berjalan sehingga 150 kaki daripada kawasan pembenihan. Larva kemudian bertukar menjadi pupa yang dilindungi kepompong dan membesar dalam masa tiga hingga enam hari. Lalat dewasa kemudian keluar dan akan bertelur selepas sebulan. Jangka hayat seekor lalat pula di antara satu dan dua bulan pada musim panas.

Cara makan.

Lalat tidak menggigit tetapi menyedut zat makanan seperti nyamuk dengan menggunakan belalai. Sebelum makan, lalat merembeskan saliva untuk melembutkan makanan. Hasil tindak balas kimia di antara saliva ke atas makanan menjadikannya bertukar dalam bentuk cecair, kemudian disedut. Lalat mempunyai lidah berbentuk penyedut (straw).

LALAT PADA PANDANGAN ISLAM

Pada asasnya, lalat amat bahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan kerana menjadi vektor yang membawa dan menyebar organisma berpenyakit. Bakteria dibawa di luar permukaan badannya. Apabila hinggap di atas makanan, lalat juga meninggalkan najis yang akan menyebabkan keracunan.

Kisah lalat diceritakan dalam hadis nabi Muhammad S.A.W, pada suatu hari nabi bersabda yang bermaksud, “Jika seekor lalat jatuh ke dalam minuman kamu, rejamkannya ke dalam air. Satu sayapnya mengandungi racun manakala satu sayap lagi mengandungi penawar.” (Hadis riwayat Bukhari, bilangan 537, jilid 4).

Perkara yang sama dicatatkan juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, Abu Daud, at-Tahawi, Said bin Khalid dan Thumamah ibn Abdullah ibn Anas.

Shah Wali Allah Ad-Dahlawi mengatakan di dalam kitabnya Hujjatullaahu al-Baalighah bahawa hadis ini menunjukkan Allah bebas memberikan setiap spesies yang beracun sistem imuniti atau penawar.

Hal ini agar dapat memastikan kelangsungan hidup speasis tersebut. Racun pada lalat merupakan alat untuk mempertahankan dirinya sendiri daripada serangan musuh. Manakala penawar pula disediakan untuk memastikan keselamatan makhluk lain yang dicemari racunnya. Hukum timbal balik ini samalah seperti tindak balas di antara bes dan asid yang meneutralkan anatara satu sama lain.

Lalat dilengkapkan penciptaannya oleh Allah dengan kandungan penawar pada sayap sebelah kanan dan racun di sayap kiri. Apabila merasa terancam, seperti kakinya terlekat di dalam air mekanisma pertahanan diri akan bertindak secara spontan. Sayap sebelah kiri dikepak mencecah air agar racun yang dimiliki berupaya menewaskan musuh. Namun begitu, biasanya air yang melekat pada sayapnya tidak mampu memberi kekuatan kepadanya untuk terus terbang. Ketika itu, sayap sebelah kanannya masih lagi tidak mencecah air. Justeru kitalah yang terpaksa menyelamkan lalat ke dalam air bagi memastikan racun yang terserak dineutralkan semula.

Dr. Gyath Hassan Al-Ahmad di dalam bukunya At-Tibb An-Nabawi fi Daw Al-‘Ilm Al-Hadith (Perubatan Kenabian dalam Sains Moden) melaporkan bahawa Dr. Nabih Da’ish menjalankan eksperimen di Universiti Raja Abdul Aziz, Riyadh. Dr. Nabih menyediakan sampel sepuluh kultur bakteria daripada air steril yang dimasuki lalat tanpa menyelamkan lalat. Sepuluh sampel yang ditenggelamkan lalat sekali, dua dan tiga kali masing-masing. Kemudian kesemua 40 sampel diperhatikan kandungan bakteria. Hasilnya, beliau mendapati koloni bakteria berkurang apabila jumlah selaman meningkat. Air yang tidak diselam lalat mengandungi paling banyak bakteria, manakala air yang diselam lalat sebanyak tiga kali mengandungi bilangan bakteria paling sedikit.

Selain itu, sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Jamaal Haamid dari Jabatan Mikrobiologi Perubatan, College of Science Qassim University menjalankan kajian penentuan jenis bakteria yang terdapat pada sayap lalat. Beberapa spesies lalat diambil untuk kajian. Dua piring petri diletakkan air steril, lalat dijatuhkan dalam piring kedua tanpa menenggelamkannya. Sebaliknya lalat dijatuhkan dan ditenggelam sepenuhnya dalam piring pertama. Hasil kajian mendapati lalat yang dikaji mempunyai bakteria E. Coli sp. (baca 'e-kolai') yang diperoleh dalam piring petri kedua. Manakala dalam piring petri pertama, sejenis antibiotik Aktinomiesis (Actinomycis) diekstrak. Antibiotik ini merupakan antigen dalam sistem imun yang memusnahkan fungsi bakteria yang bertindak selaku patogen.

Penemuan yang menarik ini menentusahkan kehadiran racun dan penawar yang terdapat pada kedua-dua sayap lalat. Kajian oleh kumpulan Dr. Jamaal juga mengambil kira speasis lalat selain lalat rumah. Keputusan menujukkan walau pun jenis bakteria yang dimiliki berbeza, jenis antibiotik tetap sama. Antara jenis bakteria yang diperoleh dalam kajian ini termasuklah Staphylococcus sp., Salmonellas sp., Proteus sp., dan Coynibacterium Dephheroid.

Perkembangan teknologi perubatan akhirnya menggerakkan saintis sama ada Islam atau Barat untuk mengkaji kesasihan hadis rasulullah S.A.W ini. Dua penemuan sains yang dijalankan oleh saintis Islam mengesahkan kebenaran hadis nabi Muhammad S.A.W. Kita selaku orang yang beriman kepada kerasulan nabi Muhammad harus merasa takjub, lantas meningkatkan lagi keyakinan kita terhadap ajaran yang dibawa oleh baginda. Perkara ini sekurang-kurangnya menjadi hujah kepada orang yang beriman bagi menolak tohmahan kononnya nabi seorang ahli sihir atau seorang yang pandai mereka-reka perkara yang tidak pasti.

Bagaimana nabi Muhammad S.A.W mengetahui perkara ini sedangkan pada waktu itu belum ada teknologi yang canggih untuk mengesahkan kesahihan hadis baginda? Hal ini tidak lain melainkan nabi Muhammad S.A.W mendapat ilham daripada Allah secara langsung. Sesuailah dengan sifat baginda apabila bercakap. Allah menegaskan di dalam ayat 3 dan 4 surah an-Najm, mafhumnya;
“Dan dia (Muhammad) tidak bercakap mengikut hawa nafsunya. Melainkan apa yang diwahikan oleh pemberi wahyu (Allah)”

Glosari

Ø Antigen – Antibodi yang menjadi agen perencat kepada keaktifan virus dan bakteria yang menyerang sistem tubuh.
Ø Patogen – Bendasing yang hadir dalam bentuk bakteria atau virus yang mengganggu sistem pertahanan tubuh.
Ø Kultur – proses pembiakan bakteria yang digunakan dalam bidang biokimia, bioteknologi dan perubatan.
Ø Steril – bebas daripada sebarang bakteria atau bendasing.