my name

Wednesday, August 11, 2010


Selamat Menyambut Ramadan Almubarak
JANGAN SIA-SIAKAN BULAN YANG MULIA INI.

Monday, May 17, 2010

Kenangan bersama Cikgu Nuraini...

Semalam hari terindah buatku..Tetapi ade la sedih sedih sikit...Sebab hari tu Cikgu praktikal kiteorg last kat situ tu sedih tu...Banyak sangat kenangan manis bersama dengan cikgu nuraini tu..Kelas kitaorg memang sangat bising...Perempuan lebih ramai daripada lelaki..Tetapi mulut murid lelaki lebih bising daripada murid perempuan...Kalau ade guru prektikal lagi ,harap harap le macam cikgu noraini tu ye..


Sunday, March 14, 2010

keluargaku kebanggaanku..

Dalam kehidupan, anggota keluarga merupakan orang yang paling rapat dengan kita..Merekabanyak berjasa dan sanggup berkorban untuk kita.Kita sepatutnya menghargai jasa danpengorbanan mereka..Kita boleh menghargai jasa dan pengorbanan mereka dengan menulis katakata untuk menunjukkan kasih sayang dan penghargaan terhadap mereka.
CONTOH KATA-KATA PENGHARGAAN TERHADAP ANGGOTA KELUARGA.

....AYAH,JASA AYAH AMAT SAYA HARGAI....

Sehari dalam kehidupan keluargaku..

Terdapat pelbagai cara kita mengenali anggota keluarga..Kita boleh mengenali mereka dengan lebih mendalam dengan cara bersoal jawab,melakukan pemerhatian atau menja;ankan kajianringkas tentang diri mereka..

Mengenali diri.

Setiap individu sepatutnya mengenali dirinya sendiri..Antara cara mengenali diri ialah kita mestilah mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kekuatan dan kelemahan diri yang perlu kita ketahui ialah tingkah laku,pengetahuan,kebolehan dan kemahiran yang kita miliki.Jika kita mengetahui kekuatan dan kelemahan diri,kita akan dapat mengukuhkan kekuatan dan membaiki kelemahan diri.Untuk itu,kita mesti menambahkan pengetahuan dan kemahiran serta mengasah bakat dan kebolehan diri..Selain itu,kita boleh menjadikan pengalaman diri dan pengalaman orang lain sebagai pengajaran hidup..Dengan ini,kita akan dapat memajukan diri,menjadi orang yang berkeyakinan dan dihormati oleh orang lain..

Teman sejati tetap di hatiku..

Bertemu sebuah pertemuan,
Kini hadirnya sebuah ikatan,
Tercipta seribu kenangan,
Kini lahirnya sebuah perpisahan,
Menguji keutuhan dua hati satu jiwa,
Yang bergelar teman sejati.

Yang selalu berada di sisi temannya,
Ketika temannya dalam kesunyian,
Teman sejati tidak akan membiarkan temannya,
Kesunyian, dan susah hati,
Dan akan memahami perasaan temannya itu.

Aku sudah mempunyai teman sejati,
Tetapi mereka tidak di sisiku lagi,
Kerana aku tidak ada di sekolah,
Yang penuh makna, dan kenangan.

Walaupun aku sudah tiada di sisi mereka,
Tetapi aku tetep di hati mereka,
dan mereka tetep di hatiku,
Memenuhi ruang kosong dan kesunyian,
Tanpamu teman, terasa diri ini kesunyian.

Kerana tali persahabatan kami,
Tidak akan terputus dan hancur,
Hanya takdir yang dapat memutuskannya,
Teman sejati, kau tetap di hatiku.

Thursday, March 11, 2010

sambungan bercerita..

Saya terpilih masuk bercerita peringkat akhir ni..Tolong doakan lagi ya semoga saya berjaya..

pantun..

Pohon pauh ditepi jalan,
Daunnya luruh merata-rata,
Sayangi sekolah jadikan amalan,
Jasanya besar kepada kita.

Hinggap tempua di pohon kelapa,
sambil menikmati alam maya,
Berikan kerjasama kepada ibubapa,
Setiap aktiviti pasti berjaya.

Wednesday, March 10, 2010

bercerita..

Di sekolah ada buat pertandingan bercerita ..Dah lama buat ni ..Saya dipilih untuk bercerita..Dah la besok(khamis) pertandingan itu bermula..Tapi takut la jugak sebab kalau tersingkir nanti...Tolong doakan supaya saya berjaya ya..Nanti kalau dapat masuk ke peringkat sekolah saya bagi tahu anda semua tau..

Friday, March 5, 2010

Tahukah anda?

Makanaa membekal tenaga dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membesar,bermain,bekerja,berfikir dan belajar...Tenaga dan zat makanan yang kita perolehi bergantung pada jumlah dan jenis makanan yang kita makan setiap hari.Oleh itu,kita perlu mangambil makanan mengikut kadar yang dicadangkan dalam piramid makanan...

Friday, February 26, 2010

sejarah petempatan awal manusia....

Pada masa dahulu ,manusia hidup secara nomad,iaitu hidup secara berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain..Mereka juga,hidup secara berkelomok atau berkumpulan.Ahli kelompok terdiri dariada ahli keluarga mereka sendiri..Petempatan awal adalah di dalam gua,persekitaran gua,kawasan lapang dan pinggiran sungai atau tasik..


Thursday, February 25, 2010

Selamat menyambut maulidur rasul..

Monday, February 15, 2010

MINNA LAKUM...

Assalamualaikum w.b.t. Pertama dan selamanya,marilah kita merafa'kan setinggi rasa
syukur kepada Allah kerana dengan limpah hidayahNya dapat lagi kita hidup dan diberi peluang
untuk mempertingkatkan diri disamping bertaubat kepada AllaH...

Saya nak ajak semua berfikir mengenai satu perkara iaitu:...
KETAWA

Perlukah ketawa dalam hidup kita??
Adakah ianya dapat menenangkan jiwa kita sewaktu kita bermuram?
Sebenarnya,ketawa tidak dilarang dalam Islam tetapi ianya menjadi terlarang apabila
ia menyebabkan kelalaian kepada Allah..




sebagai contoh tanpa ilustrasi:
HaHaHa...lawak giler Dol...!!!

Alangkah baiknya jika setiap yang kita ucapkan dapat meningkatkan
keimanan dan membuat manusia ingat kepada Allah...



contoh tanpa ilustrasi yang kedua:
HaHaHa.... aku sudah hampir meninggalkan dunia..!!!!

Dan alangkah hinanya jika disaat kita hampir bertemu Allah pun kita sempat lagi
menggelapkan hati kita..nauzubillah...



Bukanakah islam menganjurkan cara yang lebih baik untuk menzahirkan kegembiraan kita?
Indahnya jika islam dipraktikkan dalam segenap kehidupan..

Para sahabat generasi awal dahulu lebih banyak menangis daripada bergembira sedangkan
ada diantara mereka yang telah dijamin masuk syurga...
Bagaimana pula dengan kita?
Adakah sudah cukup untuk kita bertemu dengan Allah nanti dengan membawa
amalan-amalan kita yang sedikit ditambah pula dengan dosa-dosa yang menggunung?
Jadi,sebagai dai'e pada masa akan datang,kita seharusnya mempersiapkan diri dengan
melengkapkan kriteria sebagai rajul akidah supaya apabila berhadapan dengan masyarakat,
mereka akan tertarik dengan akhlak kita seterusnya mengikuti perjuangan yang
mulia ini....
wassalam...

Monday, February 1, 2010

Tentang durian..

Saya masih ingat kejadian tahun 2006 waktu itu saya baru berusia 6 tahun..Abang saya Mohammad Umair diserang pelentong (campak)..Tak lama kemudian saya pula yang dijangkiti penyakit itu.Semasa saya dijangkiti penyakit itu saya berasa sangat miang dan gatal,malangnya tak dapat menggaru sebab banyak (redpolkadot ) di tubuh kecil saya..Waktu itu kena pulak musim durian,saya waktu itu sangat suka makan durian akan tetapi disebab kan pelentong ni umi saya melarang saya makan durian tanpa alasan...Teringin pulak nak makan durian,tetapi umi menyorokannya,Abah saya pula memang hantu durian,waktu dia tengah mengopek durian saya pun meminta abah buah durian.Saya pun makan durian itu tapi saya baru makan sedikit lepas saya makan tu saya bertanya kepada umi "boleh tak izzah makan durian"ketika itu saya terlupa yang umi melarang saya makan durian........Disebab kan saya belum sembuh betul lagi keesokan hari nya betulbetul dibelakang tubuh saya pelentong yang hampir sembuh terus memboyak (membesar) dan amat menyakitkan saya,saya tak dapat tidur lelap asyik menangis hingga umi pun tak dapat tidur dengan aman..Selepas kejadian itu hingga ke hari ini saya dah tak suka makan durian akibat peristiwa itu...

Saturday, January 30, 2010

10 tip pengurusan masa yang berkesan..

  • Buat rancangan
Adik adikmemerlukan perancangan aktiviti harian.Jikalau tidak,anda akan menggunakan waktu mengikut apa sahaja yang berlaku dimeja tulis anda .Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum,dengan memfokuskan kepada dua dan tiga perkara yang anda ingin selesaikan.Semakin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merancang sesebuah kerja,maka semakin sedikit jumlah waktu yang diperlukanuntuk menyelesaikannya.
  • Waktu ulangkaji.
Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih dari tiga jam sehari.Malah,semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu lima hingga tujuh jam sehari.Dalam tempoh itu,anda mungkin belajar sejam pada waktu subuh,dua jam pada waktu petang dan tiga jam pada waktu malam.Namun,yang penting anda perlu membuat jadual belajar dengan betul dari sekarang.
  • Tumpukan perhatian.
Tahukah anda,orang yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya cuba untuk melakukan banyak hal sekaligus.Jumlah waktu yang digunakan dalam sesuatu kerja bukanlah hal yang penting.Tetapiyang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.
  • Ambillah waktu rehat.
Belajar mahupun bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yangefektif.Ini kerana tenaga semakin menurun,kebosanan semakin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental semakin terkumpul.Oleh itu,anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja cara yang paling terbaik..
  • Jauhkan suasana berkecamuk.
sesetengah orang selalau membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas atau buku yang berselerak.Sebenarya keadaan berkecamuk seperti menggangu tumpuan serta meningkatkan ketegangandan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.Justeru,pastikan meja tulis anda sentiasa kemas.
  • Jangan takut mengatakan tidak..
Daripada semua teknik mengurus masa yang dinyatakan,mungkin yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak.Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.
  • Jangan tangguhkan kerja.
penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebiasaan yang sudah berakar umbi.Sesungguhpun begitu,kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti buat keputusan untuk berubah segera kerana hati anda tergerak oleh motivasinya.Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting.Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat.Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan sesuatu kerja yang sudah tertunda sekarang juga.
  • Pelbagaikan aktiviti belajar.
Dalam sesi belajar,pelbagaikan aktiviti belajaranda supaya anda tidak berasa bosan atau jemu.Justeru,selang-selikan aktiviti membaca dengan membuat nota,menceritakan semula apa yang sudah dipelajari,membuat peta minda atau peta konsep,menjawab soalan-soalan,melakar rajah dan sebagainya.Ini akan membuat anda semakin bersemangat dan seronok untuk belajar.
  • Jangan"perfectionist"(menjadikan dirinya sempurna)
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matia mengejar kesempurnaan.Langkah yang pertama,dapat dicapai dengan memberi kepuasan dan kesihatan.Sementara langkah yang kedua,selalunya mustahil,mengakibatkan kecewa dan gangguan jiwa.ia juga mengakibatkan pembaziran waktu yang sia-sia.
  • Lakukan "postmortem"
Kegiatan membuang waktu boleh disamakan dengan kanser.Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar.Satu-satunya cara penyembuhan adalah melakukan pembedahan.Haa ahhh...anda jangan terkejut.Ini kerana jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan,alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda.Buanglah kegiatan ini,sekali untuk selama-lamanya...

Solat jangan lupa..

"Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa ) sesungguhnya solat ituadalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."(an-nisa:103)..

Terlupa berwuduk.

Sahkah solat seorang yang terlupa hendak mengambil wuduk?


Solat tanpa wuduk tidak sah daripada awal lagi
.Seseorang yang tidak atau terlupa wuduk perlu menghentikan solatnya apabila ingat dan bersegera mengambil wuduk kemudian solat kembali
.Haram meneruskan solat dalam keadaan dia mengetahui bahawa dia tidak berwuduk.

Lengahkan solat...

Apakah hukumnya melengah-lengahkan solat?


Melengah lengahkan solat sehinggaluput waktu adalah salah satu dosa besar.Ia termasukdalam amaran yang diberikan allah s.w.t:"maka celakalah bagi orang-orang yang solat iaitu orang -orang yang dari solat mereka lalai."(al-ma'un 4-5)

Mereka lalai kerana tidak menghargai solat yang lebih bernilai dari dunia dan segala isinya.Mereka juga lalai dari sudut pelaksanaan serta tidak menjaga waktu-waktunya sedangkan kewajipan solat itu difardukan mengikut waktu-waktu tertentu.Alangkah ruginya hidup manusia yang mensia-siakan solat.Allah s.w.t mensia-siakan individu yang memandang remeh terhadap kewajipan solat...

Thursday, January 7, 2010

tomato..

Hampir semua org pernah makan tomato.Ia boleh makan dengan pelbagai cara.Tomato boleh dimakan mentah ,digoreng dengan telur dadar,diminum sebagai jus atau digunakan sebagai pengawet,dan dijadi kan perasa.

Tomato tumbuhan asli di amerika selatan..Terdapat catatan sejarah yang menunjukkan tomato banyak ditanam di mexico pada masa kedatangan org spanyol..Apabila tomato pertama kali dibawa ke eropah pada abad ke-15,ia dianggap racun dan hanya dijadi kan bahan hiasan saja..Tomato tumbuh dengan baik dan subur dandi tempat yang beriklim panas.Batang nya tumbuh tinggi dan perlu diikat pada pancang..

Jalur Gemilang..

The Malaysia flag is know as the Jalur Gemilang..I has fourteen red and white stripes..There is a blue rectangle in the top left - hand corner...Inside the rectangle are a yellow crescent and a yellow star..

Monday, January 4, 2010


Rumah saya ada kucing..Ada kucing tua,ada kucing muda dan anak kucing..Senang je jaga kucing..Kalau makanan,saya tak bagi wiskes saya bagi kucing makan ikan tumbuk dengan nasi..Kalau tumbuk tu saya guna lesung..Kucing saya ada lapan ekor..Dua ekor kucing muda..Seekor kucing tua..Lima ekor tu anak kucing..Sebenar nya saya ade banyak kucing macam nak dekat 20 ekor..Tapi yang lain tu semua nya dah mati ade la jugak yg kena buang sebab jahat.....

Hari pertama di sekolah..

Hari ni seronok sangat ...Sebab dapat jumpa kawan kawan ..Tapi yang tak seronoknya sebab tak dapat jumpa kawan dengan cikgu yang dah pindah..