my name

Sunday, March 14, 2010

Mengenali diri.

Setiap individu sepatutnya mengenali dirinya sendiri..Antara cara mengenali diri ialah kita mestilah mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri.Kekuatan dan kelemahan diri yang perlu kita ketahui ialah tingkah laku,pengetahuan,kebolehan dan kemahiran yang kita miliki.Jika kita mengetahui kekuatan dan kelemahan diri,kita akan dapat mengukuhkan kekuatan dan membaiki kelemahan diri.Untuk itu,kita mesti menambahkan pengetahuan dan kemahiran serta mengasah bakat dan kebolehan diri..Selain itu,kita boleh menjadikan pengalaman diri dan pengalaman orang lain sebagai pengajaran hidup..Dengan ini,kita akan dapat memajukan diri,menjadi orang yang berkeyakinan dan dihormati oleh orang lain..

Teman sejati tetap di hatiku..

Bertemu sebuah pertemuan,
Kini hadirnya sebuah ikatan,
Tercipta seribu kenangan,
Kini lahirnya sebuah perpisahan,
Menguji keutuhan dua hati satu jiwa,
Yang bergelar teman sejati.

Yang selalu berada di sisi temannya,
Ketika temannya dalam kesunyian,
Teman sejati tidak akan membiarkan temannya,
Kesunyian, dan susah hati,
Dan akan memahami perasaan temannya itu.

Aku sudah mempunyai teman sejati,
Tetapi mereka tidak di sisiku lagi,
Kerana aku tidak ada di sekolah,
Yang penuh makna, dan kenangan.

Walaupun aku sudah tiada di sisi mereka,
Tetapi aku tetep di hati mereka,
dan mereka tetep di hatiku,
Memenuhi ruang kosong dan kesunyian,
Tanpamu teman, terasa diri ini kesunyian.

Kerana tali persahabatan kami,
Tidak akan terputus dan hancur,
Hanya takdir yang dapat memutuskannya,
Teman sejati, kau tetap di hatiku.

Thursday, March 11, 2010

sambungan bercerita..

Saya terpilih masuk bercerita peringkat akhir ni..Tolong doakan lagi ya semoga saya berjaya..

pantun..

Pohon pauh ditepi jalan,
Daunnya luruh merata-rata,
Sayangi sekolah jadikan amalan,
Jasanya besar kepada kita.

Hinggap tempua di pohon kelapa,
sambil menikmati alam maya,
Berikan kerjasama kepada ibubapa,
Setiap aktiviti pasti berjaya.

Wednesday, March 10, 2010

bercerita..

Di sekolah ada buat pertandingan bercerita ..Dah lama buat ni ..Saya dipilih untuk bercerita..Dah la besok(khamis) pertandingan itu bermula..Tapi takut la jugak sebab kalau tersingkir nanti...Tolong doakan supaya saya berjaya ya..Nanti kalau dapat masuk ke peringkat sekolah saya bagi tahu anda semua tau..

Friday, March 5, 2010

Tahukah anda?

Makanaa membekal tenaga dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membesar,bermain,bekerja,berfikir dan belajar...Tenaga dan zat makanan yang kita perolehi bergantung pada jumlah dan jenis makanan yang kita makan setiap hari.Oleh itu,kita perlu mangambil makanan mengikut kadar yang dicadangkan dalam piramid makanan...

Friday, February 26, 2010

sejarah petempatan awal manusia....

Pada masa dahulu ,manusia hidup secara nomad,iaitu hidup secara berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain..Mereka juga,hidup secara berkelomok atau berkumpulan.Ahli kelompok terdiri dariada ahli keluarga mereka sendiri..Petempatan awal adalah di dalam gua,persekitaran gua,kawasan lapang dan pinggiran sungai atau tasik..