my name

Monday, August 24, 2009

Nak tahu tak????

"Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati Allah.Telah difardukan ke atas kalian berpuasa.Didalam bulan ini,di buka pintu-pintu SYURGA,dan ditutup pintu-pintu NERAKA,dan SYAITAN-SYAITAN dibelenggu.Didalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada SERIBU BULAN,sesiapa yang diharamkan KEBAIKAN ke atasnya,maka sesungguhnya dia tidak akan mendapat apa-apa kebaikan."



Hadith Riwayat Imam Ahmad
An-Nasai'e dan Ai-Baihaqi

Mulianya Ramadhan...


#Ramadhan bulan ibadah
bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merendahkan sayap
untuk menghitung pahala berganda


ramadhan bulan berpuasa
bulan kesabaran dan keinsafan
lapar dan dahaga mendidik jiwa
menundukkan nafsu
mengawal indera

*pintu syurga dibukakan
ditutup pintu neraka
dibelenggu syaitan yang durjana
dihentikan azab di pusara

**bersyukurlah pada rahmat-Nya
(ya ramadhan)
dikurniakan bulan yang mulia(ya ramadhan)
beruntunglah bagi mereka yang
mendapat keredhaan-Nya(ya ramadhan)
tiap satu pahala ibadah
tujuh kali ia digandakan
10 akhir ramadhan
dikurniakan lailatul qadar
malam yang terbaik
diumpamakan seribu bulan

ulang#ulang*ulang**


UNIC feat In Team..

Wednesday, July 8, 2009

Gambar saya yang pakai tudung pink tu....
Yang pakai tudung warna biru tu kakak saya...
Hah yang tak pakai tudung tu sepupu saya.....

Ini gambar saya dan kawan saya.Yang tinggi pakai tudung biru tu ialah saya .....
Yang rendah tu kawan karib saya jugak...Seronok kita pergi rombongan ke Zoo Taiping....seronok sangat dapat pergi dengan Cikgu dan kawan -kawan...

lagu kanak -kanak

Tepu amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk biar ramai
Emak upah susu

Susu lemak manis
santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak pergi kerja.

Melodi:Tepuk Amai-amai

Saya ada burung pipit
Suatu hari jatuh sakit
Saya ingat nyamuk gigit
Rupu-Rupa mata sepet


Melodi:Saya ada burung pipit

lagu kanak -kanak

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh kubawa ke sekolah


Pon pon pon pon pon
pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
Boleh kubawa jumpa nenek



Melody:Baaku Pulang


Abang beca (2 kali)
Di tengah jalan
Cari muatan untuk
Mencari makanan

Putar-putar(2 kali)
Kaki mengayuh
Pergi jauh keringat
pun lalu jatuh


Melodi:Abang Beca


Air pasang pagi surut pukul lima
Bangun pagi-pagi siram pokok bunga
Pokok bunga melor tanam tepi kolam
Itik bertelur ayam mengeram.

melodi:Air Pasang Pagi

Saturday, June 13, 2009

masa cuti

Saya kalau cuti panjang mesti saya rasa nak cutiiiiiiiiii sebab rasa best sangat.Tapi kalau dah nak habis cuti saya rasa macam cuti tu pendek sahaja.Sebab kalau masa cuti saya rasa macam nak sekolah saja.Tapi kalau dah nak sekolah tu saya rasa macam malas nak sekolah.