my name

Saturday, January 30, 2010

10 tip pengurusan masa yang berkesan..

  • Buat rancangan
Adik adikmemerlukan perancangan aktiviti harian.Jikalau tidak,anda akan menggunakan waktu mengikut apa sahaja yang berlaku dimeja tulis anda .Awasilah setiap hari dengan membuat jadual umum,dengan memfokuskan kepada dua dan tiga perkara yang anda ingin selesaikan.Semakin banyak waktu yang kita lewatkan untuk merancang sesebuah kerja,maka semakin sedikit jumlah waktu yang diperlukanuntuk menyelesaikannya.
  • Waktu ulangkaji.
Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih dari tiga jam sehari.Malah,semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu lima hingga tujuh jam sehari.Dalam tempoh itu,anda mungkin belajar sejam pada waktu subuh,dua jam pada waktu petang dan tiga jam pada waktu malam.Namun,yang penting anda perlu membuat jadual belajar dengan betul dari sekarang.
  • Tumpukan perhatian.
Tahukah anda,orang yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan waktu biasanya cuba untuk melakukan banyak hal sekaligus.Jumlah waktu yang digunakan dalam sesuatu kerja bukanlah hal yang penting.Tetapiyang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.
  • Ambillah waktu rehat.
Belajar mahupun bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yangefektif.Ini kerana tenaga semakin menurun,kebosanan semakin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental semakin terkumpul.Oleh itu,anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja cara yang paling terbaik..
  • Jauhkan suasana berkecamuk.
sesetengah orang selalau membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas atau buku yang berselerak.Sebenarya keadaan berkecamuk seperti menggangu tumpuan serta meningkatkan ketegangandan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.Justeru,pastikan meja tulis anda sentiasa kemas.
  • Jangan takut mengatakan tidak..
Daripada semua teknik mengurus masa yang dinyatakan,mungkin yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak.Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.
  • Jangan tangguhkan kerja.
penangguhan kerja pada umumnya merupakan kebiasaan yang sudah berakar umbi.Sesungguhpun begitu,kita mampu mengubah kebiasaan ini asalkan kita menggunakan sistem yang tepat seperti buat keputusan untuk berubah segera kerana hati anda tergerak oleh motivasinya.Mengambil langkah pertama dengan segera adalah amat penting.Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara dalam waktu yang singkat.Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa diri melakukan sesuatu kerja yang sudah tertunda sekarang juga.
  • Pelbagaikan aktiviti belajar.
Dalam sesi belajar,pelbagaikan aktiviti belajaranda supaya anda tidak berasa bosan atau jemu.Justeru,selang-selikan aktiviti membaca dengan membuat nota,menceritakan semula apa yang sudah dipelajari,membuat peta minda atau peta konsep,menjawab soalan-soalan,melakar rajah dan sebagainya.Ini akan membuat anda semakin bersemangat dan seronok untuk belajar.
  • Jangan"perfectionist"(menjadikan dirinya sempurna)
Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik dan bermati-matia mengejar kesempurnaan.Langkah yang pertama,dapat dicapai dengan memberi kepuasan dan kesihatan.Sementara langkah yang kedua,selalunya mustahil,mengakibatkan kecewa dan gangguan jiwa.ia juga mengakibatkan pembaziran waktu yang sia-sia.
  • Lakukan "postmortem"
Kegiatan membuang waktu boleh disamakan dengan kanser.Ia menghabiskan tenaga dan ketumbuhan semakin besar.Satu-satunya cara penyembuhan adalah melakukan pembedahan.Haa ahhh...anda jangan terkejut.Ini kerana jika anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan,alihkan perhatian daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda.Buanglah kegiatan ini,sekali untuk selama-lamanya...

No comments: