my name

Wednesday, September 16, 2009

Zakat Fitrah dan Takbir..

Parayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhir nya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu.
Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meningal dunia.Kebiasaan nya orang islam juga akan membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.
Apabila tarikh hari raya ditentukan,umat islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran allah.Tempoh bagi hari raya aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari(hari terakhir bulan ramadhan)sehingga solat sunat hari raya aidilfitri bermula pada pagi satu syawal tahun hijrah.Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

No comments: